‘Dalam Rezeki Kita Ada Rezeki Orang’ - Wawa Zainal Raih Jualan RM2.5 Juta Dalam 24 Jam!

Usahawan selebriti dan juga isteri kepada pelakon Aeril Zafrel, berjaya mencatatkan hasil jualan kira-kira RM2.5 juta hanya dalam tempoh 24 jam menerusi koleksi terbaru Wawa Scarves yang terjual sebanyak 90,000 helai.

‘dalam rezeki kita ada rezeki orang’ - wawa zainal raih jualan rm2.5 juta dalam 24 jam!

Memetik Astro Awani, Wawa mendedahkan jualan kumpulan pertama koleksi itu dianggarkan membawa keuntungan sekitar RM2.5 juta. 

“Alhamdulillah, kami berjaya menjual batch pertama kami. Bohong jika saya katakan saya tidak meletakkan harapan atau sasaran yang tinggi, dan saya amat bersyukur apabila ia menjadi kenyataan.

“Pada mulanya kami berjaya menjual 20,000 keping, kemudian angka itu bertambah sehingga 90,000 helai semuanya habis dijual. Insya-Allah kami akan menghasilkan lebih banyak lagi selepas ini,” katanya.

Isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu juga memanjatkan kesyukurannya susulan dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada ekonomi perniagaan kecil dan berkongsi rezeki dengan orang ramai.

“Saya percaya dalam apa jua yang kita perolehi, ada bahagian untuk orang lain juga. Itu yang saya tanamkan dalam diri dan dalam perniagaan saya.”


Sumber: Astro Awani