Astro AWANI Beri Peluang Wartawan Cilik Buat Laporan Live!

Baru-baru ini, tular video seorang kanak-kanak yang masih bersekolah rendah merakam kejadian penemuan seekor ular sawa dalam longkang di sebuah pasar basah.

astro awani beri peluang wartawan cilik buat laporan live!

Video yang dirakam spontan oleh adik Muhammad Hafiq Mohd Asyraf itu ternyata mendapat perhatian ramai, termasuklah beberapa portal berita tempatan seperti Astro AWANI.

astro awani beri peluang wartawan cilik buat laporan live!

Dalam temubual santai secara langsung bersama Astro AWANI, adik Hafiq menceritakan kembali kisah penemuan ular sawa batuk berkenaan yang katanta tersesat ke dalam longkang hingga menyebabkan ia tersumbat.

 

Dikesempatan itu, adik Hafiq diberikan peluang untuk merasai pengalaman memawancara peniaga disekitar pasar tersebut secara langsung.

astro awani beri peluang wartawan cilik buat laporan live!

astro awani beri peluang wartawan cilik buat laporan live!

Tidak kekok dengan tugasan diberi, adik Hafiq telah menyampaikan laporan dengan penuh selamba dan menghiburkan! Video boleh mula ditonton pada minit ke-5:00.

Rata-rata penonton yang melihat telatah adik Hafiq terhibur dengan penyampaian bersahaja beliau dan mendoakan agar cita-citanya tercapai suatu hari nanti.

 

 

Sumber: Youtube Astro AWANI