Hampir sebulan lalu, isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea tampil dengan imej tidak bertudung, hingga mendapat perhatian ramai netizen.
Baca: Isteri Haqiem Rusli Padam Gambar Di Instagram, Hanya Tinggal Foto Nampak Rambut
Sedar dirinya menjadi serangan warganet, sejak itu Sofea telah menutup ruangan komen di Instagram, selain turut memadam foto dan video serta meninggalkan beberapa hantaran yang jelas menampakkan rambutnya.
Baru-baru ini, Anis dilihat telah membuat satu hantaran di Instagram, namun tidak menutup ruangan komen seperti yang dilakukannya, dan ia memberi ruang yang ditunggu-tunggu netizen untuk meninggalkan komen menghentam tindakannya tidak lagi bertudung.
Menerusi hantaran itu, Sofea yang berkongsi foto momen hadir ke rumah terbuka Hari Raya dengan baju kurung merah jambu, menjadi bahan kecaman warganet ekoran daripada tindakannya yang menanggalkan hijab.
Dalam perkembangan sama, suaminya, Haqiem Rusli tidak dapat memberikan apa-apa komen terhadap tindakan isterinya membuka hijab, selain meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk beliau.
Sumber: Instagram