Wany Hasrita Nangis Lihat Anak Meragam, “Sebab Tak Tahu Apa Yang Dimahukan..”

Penyanyi, Wany Hasrita mengakui adakalanya hatinya akan tersentuh apabila melihat anak perempuannya, Aishah Al Iman, meragam terutama pada waktu malam.

wany hasrita nangis lihat anak meragam, “sebab tak tahu apa yang dimahukan..”

Penyanyi berusia 31 tahun itu berkata, dia akan menangis kerana tidak tahu apa yang sebenarnya diinginkan oleh anak sulungnya itu.

 

“Setakat sebulan 14 hari selepas bergelar ibu, adakalanya bila anak menangis, saya pun akan ikut menangis juga sebab tidak tahu apa yang dimahukan,” ujarnya.

 

Menurut pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah, perasaan sedih itu akan beransur hilang apabila anaknya kembali tersenyum walaupun ketika tidur.

 

“Tapi perasaan sedih dan penat hilang bila tengok anak kembali tersenyum walaupun semasa tidur.

“Sekarang barulah saya tahu perasaan yang dilalui setiap ibu untuk membesarkan anak,” ujarnya lagi.

 

Tambah lagi, meskipun perlu menjalani kehidupan jarak jauh dengan suami tercinta, Muhd. Al-Adib Fahmi Harun yang bertugas sebagai juruterbang berpangkalan di Kuching, Sarawak, beliau bersyukur kerana banyak dibantu ibunya untuk menguruskan bayi yang selamat dilahirkan pada 8 Julai yang lalu.

wany hasrita nangis lihat anak meragam, “sebab tak tahu apa yang dimahukan..”

“Kami tidak ada pembantu rumah. Jadi ibulah yang banyak menolong saya. Bila anak menangis, saya tidak tahu sama ada dia lapar atau perut kembung. Jadi bila ada ibu, sedikit sebanyak membantu bila saya terlalu penat.

“Saya faham mungkin ada yang tidak bersetuju tanggungjawab menjaga cucu dilakukan nenek. Tapi orang kena tahu, saya anak tunggal dalam keluarga.

“Sudah lama ibu saya tinggalkan ‘kerjaya’ menjaga anak kecil,” katanya yang merancang untuk menambah zuriat sekitar dua tahun lagi.

 

Sumber: Kosmo!