Wany Hasrita Kini Hamil Enam Bulan, Sedikit Emosi Terpaksa ‘PJJ’ Dengan Suami

Penyanyi, Wany Hasrita mengesahkan spekulasi ramai pihak yang dirinya kini sedang hamil.

wany hasrita kini hamil enam bulan, sedikit emosi terpaksa ‘pjj’ dengan suami

Menurut pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, beliau kini sedang hamil enam bulan dan dijangka menyambut kelahiran bayi pertamanya itu pada Julai.

 

Beliau juga akui tidak mengalami alahan teruk sepanjang proses kehamilan ini, namun sedikit emosi kerana terpaksa berjauhan dengan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun yang kini bertugas di Kuching, Sarawak.

 

“Disebabkan saya dan suami hidup berjauhan, memang ada masanya sedikit emosional sebab saya terpaksa menjalani pemeriksaan kandungan sendirian dengan ditemani ibu.

“Di mana saya akan bersalin dan berpantang juga belum diputuskan sama ada di sini (Semenanjung) atau dekat dengan suami di Kuching,” katanya.

wany hasrita kini hamil enam bulan, sedikit emosi terpaksa ‘pjj’ dengan suami

Warganet sebelum ini tampil membuat spekulasi mendakwa penyanyi itu sedang hamil kerana terlihat bentuk perutnya semasa muncul membuat persembahan pentas. Namun ketika itu, Wany enggan memberi sebarang pengesahan mengenainya.

 

Terdahulu, Wany telah sah menjadi isteri kepada Adib yang juga merupakan seorang juruterbang di Kuching, pada Julai 2022.

 

Sumber: Kosmo!