Wanna Ali Mengaku Tak Boleh Menyanyi Secara Live Depan Penonton

Penyanyi dan pelakon, Wanna Ali mengaku beliau sebenarnya tidak boleh menyanyi secara langsung (live) di hadapan penonton.

wanna ali mengaku tak boleh menyanyi secara live depan penonton

Menurut pemilik nama sebenar Nor Syazwana Mohd Ali,25, beliau akan menolak jika ada tawaran untuk melakukan persembahan secara live, termasuk program hiburan di kaca TV.

 

"Secara jujurnya, saya sendiri sedar dengan tahap kemampuan diri sendiri.

"Memang saya tahu bila menyanyi secara 'live' akan ke laut dan kena kecam dengan netizen," katanya.

 

Tambah beliau, single duet bersama penyanyi Aiman Ismail, dinyanyikan beliau kerana ia adalah runut bunyi drama yang ditayangkan.

wanna ali mengaku tak boleh menyanyi secara live depan penonton

Ekoran itu, Wanna berkata beliau tidak kisah jika lagu duet itu dinyanyikan oleh penyanyi lain dalam mana-mana pertandingan nyanyian.

 

“Saya boleh nyanyi untuk runut bunyi sahaja, tetapi untuk pertandingan saya akan menolaknya.

“Saya juga tiada halangan jika lagu itu dinyanyikan artis lain dalam pertandingan.

"Terus terang saya tidak boleh menyampaikan lagu itu lebih baik jika persembahan secara langsung," katanya lagi.

 

Sumber: HMetro