Pelakon, Wanna Ali sentiasa menjaga batas apabila menjayakan sesebuah karya khususnya dengan pelakon berstatus suami orang.
Menurut pemilik nama sebenar Nor Syazwana binti Mohd. Ali, 25, beliau enggan melukakan hati sesiapa dan sedar diri apabila berlakon dengan suami orang.
"Kalau ada babak bersentuhan kami pasti berlapik. Saya pun tidak minta Alif untuk pegang tangan saya kerana sebagai pelakon saya perlu menghormati statusnya sebagai suami orang.
"Saya memang tahu apabila berlakon dengan Alif tak boleh ada babak bersentuhan, jadi saya sangat menghormati dia, isteri dan prinsipnya.
"Lagipun di Malaysia ini kalau seseorang itu sudah ada pasangan, kita memang tidak digalakkan untuk melakukan babak yang sebegitu.
"Bagaimanapun, saya sangat bersyukur apabila penonton masih boleh merasai kemesraan yang kami bawakan pada setiap episod," katanya.
Dalam perkembangan lain, Wanna Ali yang juga seorang penyanyi, pernah memaklumkan akan menolak jika ada permintaan untuk dirinya melakukan persembahan secara langsung kerana sedar akan tahap kemampuan diri sendiri.
Baca: Wanna Ali Mengaku Tak Boleh Menyanyi Secara Live Depan Penonton
Sumber: HMetro