Wanita Misteri Nama Ayu Mengaku Isteri, Siap Bagi Bunga Ros & Coklat Pada Dr. Say

Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril akui terkejut selepas isterinya telah menerima satu bungkusan hadiah daripada seorang individu tidak dikenali di atas namanya.

wanita misteri nama ayu mengaku isteri, siap bagi bunga ros & coklat pada dr. say

Menurut Dr Say, bungkusan hadiah daripada wanita yang bernama Ayu itu berisi barang-barang seperti bunga ros, coklat dan kad ucapan.

wanita misteri nama ayu mengaku isteri, siap bagi bunga ros & coklat pada dr. say

“Kisahnya arini bini terima satu bungkusan dengan nama saya di klinik. Sebenarnya dah agak lama bungkusan tu sampai tapi arini baru tergerak hati bini nak buka bungkusan tu.

 

“Luaran bungkusan cukup special, ada belon “I Love You”. Bila bini buka bungkusan tu ada bunga ros yg separa layu, teddy bear & coklat favourite sy & rasanya favourite semua orang di dunia yakni Ferero Rocher.

“Di samping tu ada sekeping kad yg luarannya tulis February Bloom. Pabila kad February Bloom itu dibuka, SAYA KANTOI TERUK PEEPS! Dalam kad tertulis “To Dr Say Shazril, i miss you hubby, Selamat Menyambut Ramadhan Kareem, FROM YOUR WIFE AYU” disertakan sekali gambarnya di tepi, cukup manis orangnya,” kata Dr. Say.

 

Ekoran itu, isterinya segera menghubungi Dr. Say dan meminta penjelasan, namun Dr. Say sendiri tidak tahu ia daripada siapa.

 

“Apa lagi, terus bini sy whatsapp sy saying “Sape pulak ni?”. Terduduk sy dibuat belon, teddy bear, bunga, coklat, gambar Ayu beserta dengan ayat “From Your Wife Ayu”,” ujar beliau.

wanita misteri nama ayu mengaku isteri, siap bagi bunga ros & coklat pada dr. say

Bapa kepada dua orang cahaya mata itu kemudian menasihatkan agar wanita itu tidak cuba mendekatinya kerana isterinya hanya seorang sahaja.

 

“Kesimpulan sy cuba sampaikan kepada Ayu kalau awak terbaca status ni, sy minta maaf tapi isteri sebenar sy Azu dah ambil kesemua empat slot poligami sy jadi tiada ruang untuk sy izinkan Ayu ke dalam hidup sy. Kalau ada Dr Say Shazril yg memberi harapan & janji2 manis kepada Ayu di luar sana, kemungkinan besar itu Dr Say Shazril palsu. Semoga Ayu tak sayu dengan berita ini ye Ayu & sorry bunga dah layu,” demikian menurut Dr. Say.

 

 

Hantaran itu mendapat perhatian ramai khasnya pengikut Dr. Say di Instagram yang tampil dengan pelbagai pendapat masing-masing.

 

Sumber: Instagram Dr Say