Pelakon, Zahirah Macwilson tampil membuat kenyataan mengenai isu keruntuhan rumahtangga disebabkan orang ketiga.
Menerusi hantaran di Instagram Story, isteri kepada Aiman Hakim Ridza itu faham perasaan isteri yang berdepan dengan ujian rumah tangga.
Menurut Zahirah, seorang wanita sepatutnya menghormati wanita lain dan berhenti menormalisasi perbuatan tidak beradap iaitu menggangu suami dan rumahtangga orang lain.
Meskipun tidak disebut kepada siapa status itu dituju, warganet percaya ia ada kena mengena dengan kes rumahtangga penyanyi, Bella Astillah bersama Aliff Aziz, serta kehadiran Ruhainies yang dilapor ditangkap khalwat bersama-sama, pada hujung minggu lalu.
Kredit: Instagram Zahirah Macwilson