Selamat Jalani Pembedahan Hernia, Wani Kayrie Mahu Rehat Sebentar

Penyanyi, Wani Kayrie meluahkan rasa syukur kerana selamat menjalani pembedahan hernia, iaitu prosedur membuang benjolan atau ketulan pada bahagian perut.

selamat jalani pembedahan hernia, wani kayrie mahu rehat sebentar

Menerusi Instagram Story, pemilik nama sebenar Syazwani Abdullah, 24, berkata beliau perlu berehat sementara susulan daripada pembedahan tersebut dan memohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej serta menjawab panggilan telefon.

 

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar untuk pembedahan Hernia saya semalam (Ahad) selamat 2 jam dalam bilik bedah. Saya masih berjuang untuk kesan selepas pembedahan tersebut.

“Minta maaf tak dapat balas mesej dan panggilan telefon ya, terima kasih pada yang bertanya dan mendoakan saya.

“Insya-Allah saya akan kembali pulih lagi beberapa hari, saya mahu rehat dulu,” katanya.

selamat jalani pembedahan hernia, wani kayrie mahu rehat sebentar

Dalam perkongsian sama, penyanyi itu memuatnaik foto dirinya berbaring atas katil sebuah hospital.

 

Sebelum itu, Wani sempat meminta orang ramai mendoakan prosedur pembedahannya berjalan dengan lancar.

 

“Maaf lama mendiamkan diri beberapa hari. Cuma nak beritahu saya akan menjalani pembedahan.

“Doakan agar urusan saya dipermudahkan ya. Jangan risau, saya baik-baik sahaja,” katanya.

selamat jalani pembedahan hernia, wani kayrie mahu rehat sebentar

Sumber: Instagram