Wani Kayrie Sekali Lagi Harumkan Nama Malaysia Di Peringkat Asia, “Saya Teruja dan Rasa Bertuah ..”

Penyanyi, Wani Kayrie, bakal mengharumkan nama negara apabila dipilih untuk membuat persembahan di majlis penuh berprestij peringkat Asia iaitu ‘28th Asian Television Awards’ pada 12 dan 13 Januari.

wani kayrie sekali lagi harumkan nama malaysia di peringkat asia, “saya teruja dan rasa bertuah ..”

Menurut artis naungan label Rocketfuel Entertainment ini, meskipun berasa kesal kerana tidak berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) melalui lagu ‘Kamu Kamu’, beliau akur dengan keputusan yang diterima dan berasa bersemangat untuk membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa ini.

 

“Perasaan teruja serta berkobar-kobar sangat menebal di jiwa saya selain merasa bertuah, kerana dipilih mewakili negara buat kedua kalinya untuk membawa nama Malaysia selain nama label naungan saya, Rocketfuel Entertainment.

“Saya sangat berbesar hati dengan pemilihan ini dan berjanji akan memberikan yang terbaik ketika berada di sana nanti.

“Saya juga sedang mempersiapkan diri dari segi latihan vokal secara bersendiri tanpa bantuan dari mana-mana pihak, ini termasuk koreografi yang turut dilakukan secara bersendirian juga, dari segi penataan gaya sahaja saya memerlukan khidmat pakar serta khidmat pereka fesyen untuk busana yang bakal disarungkan nanti,” katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WANI KAYRIE (@wanikayrie)

 

Wani yang dilapor bakal menyanyikan tiga buah lagu pada majlis itu berkata beliau berharap akan mendapat sokongan rakyat Malaysia dan doakan agar semuanya berjalan dengan lancar.

wani kayrie sekali lagi harumkan nama malaysia di peringkat asia, “saya teruja dan rasa bertuah ..”

“Saya berharap agar mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia dan doakan semuanya dapat berjalan dengan lancar. Ini adalah momen saya untuk menunjukkan bakat saya pada semua, kalau boleh rakyat Malaysia membuka mata serta melihat sendiri kebolehan dan kemampuan Wani Kayrie bernyanyi di peringkat antarabangsa,” ujarnya lagi.