Wang Kertas RM50 Ini Dijual Pada Harga RM708,000!

Bagi mereka yang gemar mengumpul barangan rare, sudah pasti tidak kisah menghabiskan ribuan ringgit demi memperoleh barangan idaman mereka.

 

Antara barangan yang selalu menjadi koleksi simpanan ramai adalah wang kertas dan juga duit syiling.

 

Terbaru, sekeping wang kertas RM50 telah dijual pada harga tinggi iaitu RM708,000 pada satu lelongan yang dibuat pada Julai lalu.

wang kertas rm50 ini dijual pada harga rm708,000!

Apa yang membuatkan ia bernilai adalah wang kertas RM50 itu sebenarnya edisi khas tahun 2007 yang dikeluarkan sempena ulangtahun kemerdekaan yang ke-50 negara.

 

Selain wang kertas RM50, wang kertas $25 Sarawak tahun 1929 juga dilelong pada harga RM212,400 manakala wang kertas $1 Malaya 1940 yang dikeluarkan semasa pentadbiran British dijual pada harga RM188,800.

wang kertas rm50 ini dijual pada harga rm708,000!

Antara sebab kenapa ramai sanggup membida wang kertas pada harga sangat tinggi kerana ia akan menjadi pelaburan pada masa akan datang. Wang yang dibeli akan disimpan dalam beberapa waktu sebelum ia dijual semula pada harga lebih tinggi.

 

Di Malaysia, terdapat kira-kira 20 pengumpul wang kertas dan syiling yang serius dan kira-kira 600 atau lebih pengumpul kasual. Mereka yang mengumpul syiling dan wang kertas ini disebut sebagai numismatis.

 

Sumber: [1], [2]