“Ayah Jual Kereta, Motor…” Wafiy Aan Dedahkan Pengorbanan Ayah Demi Impiannya

Setiap hari Isnin adalah hari yang dinantikan kerana episod baharu Sembang Atas Dulang Musim Kedua disiarkan! Pada minggu ini, tetamu khas yang menemani Ceddy, tidak lain tdak bukan, Sabahan Pride, Wafiy Aan.

“ayah jual kereta, motor…” wafiy aan dedahkan pengorbanan ayah demi impiannya

Dalam podcast tersebut Wafiy dedahkan pengorbanan keluarganya terutama sekali ayahanda tercinta dalam menyokong impian Wafiy dalam industri hiburan. Sehingga sanggup berhenti kerja, jual kereta dan motor. Itulah pengorbanan yang Wafiy Aan kongsikan dalam episod bersama Ceddy di Podcast Sembang Atas Dulang.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK Podcast (@syok.podcast)

 

Wafiy juga meluahkan bahawa dia telah berpesan kepada kedua ibu bapanya, sudah tiba masa mereka berehat dan biarkan Wafiy yang bekerja dan membalas jasa kepada mereka.

“Sekarang, kita dah sampai sini, Wafiy cakap dengan ayah dan mak, masa untuk mereka duduk di rumah dan rehat.

“Mereka dah berkorban banyak…biar Wafiy seorang yang kerja, mak dan ayah, Wafiy suruh rehat.” kata Wafiy Aan dalam podcast tersebut.

Wah! Touchingnyaaaa! Bagus betul lah Wafiy ni! Kalau korang nak dengar lagi korang boleh dengar di SYOK ataupun Youtube SYOK sekarang!