Penyanyi, Wafariena mengambil masa hanya tiga hari untuk belajar melodi dan sebutan lagu bahasa Tamil.
Wafariena, 28, berkata beliau memilih untuk menyanyikan semula lagu Tamil berjudul Manippaya kerana mahu menembusi pasaran masyarakat India.
Ujarnya, lagu itu bukanlah mudah untuk dinyanyikan kerana perlu memastikan sebutan lenggok dan intonasi yang tepat.
"Ini adalah satu sesi pengenalan bagi menembusi pasaran masyarakat India kerana saya bakal berduet lagu Bahasa Melayu dengan penyanyi lagu India.
"Proses untuk belajar lagu ini bukan mudah sebenarnya kerana saya perlu memastikan lenggok dan intonasi adalah betul. Kalau salah nyanyi, maksudnya berbeza dah,” katanya.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenarnya Wafariena Roslan ini turut memuji penyanyi lagu India kerana mampu melakukan sesuatu yang bukan mudah.
Lagu cover Mannipaaya oleh Wafariena dan Ben boleh didengari menerusi laman Youtube Zava Production.
Sumber: HMetro