“Maka Jangan Pandang Lain Selain Milikmu,” Video Yusry Raih Pujian Ramai

Pengarah, pelakon, dan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim telah mencuri perhatian ramai menerusi satu hantaran beliau di Tiktok baru-baru ini.

“maka jangan pandang lain selain milikmu,” video yusry raih pujian ramai

Menerusi video berdurasi 13 saat, beliau berkongsi momen bersama isterinya, Datin Lisa Surihani dalam satu acara dengan kapsyen menyentuh jiwa.

 

“Isteri adalah rezekimu. Isteri adalah pilihanmu. Isteri adalah takdirmu.

“Maka jangan memandang selain milikmu, dan jangan membanding-bandingkannya dengan wanita yang bukan milikmu,” tulis Yusry pada video.

“maka jangan pandang lain selain milikmu,” video yusry raih pujian ramai

Video berkenaan nyata mendapat perhatian ramai warganet yang rata-ratanya memuji beliau selain turut mahu menjadikannya sebagai idola.

 

@yusryabdulhalim1 Alhamdullilah masi dengan bidadari pilihan saya 🤲🏻❤️ #lisasurihani #yusry #yusrykru #yusryabdulhalim #yusrykrulisasurihani #fyp #fypシ #foryou #foryoupage #masukberanda #masukfyp #masukberandafypシ #berandatiktok #berandafyp #berandafypシ ♬ original sound - KRU Music

 

“maka jangan pandang lain selain milikmu,” video yusry raih pujian ramai

“maka jangan pandang lain selain milikmu,” video yusry raih pujian ramai

Terdahulu, Yusry telah bernikah bersama Lisa pada 23 Februari 2012 dan kini telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

 

Sumber: Tiktok