Tular Video Bersama Lelaki Berjambang Di Genting Highland, Ini Pengakuan Nabila Razali

Baru-baru ini, tular video menunjukkan penyanyi, Nabila Razali dilihat keluar berjalan berdua-duaan bersama seorang lelaki di Genting Highland.

tular video bersama lelaki berjambang di genting highland, ini pengakuan nabila razali

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkata perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan kerana tiada isu pun untuk dirinya keluar dengan sesiapa.

 

Beliau berkata lagi mungkin kerana statusnya sebagai selebriti menyebabkan perkara itu menjadi perhatian ramai.

 

“Sebenarnya tiada isu pun saya mahu keluar dengan siapa sebab saya berkawan dengan ramai orang.

“Khai Bahar pun saya pernah keluar bersama, mungkin sebab saya ini selebriti maka apa saya buat akan menjadi perhatian ramai,” demikian menurut beliau.

 

Video yang tular itu menunjukkan Nabila sedang berjalan bersama seorang lelaki berjambang dan tidak pula cuba berselindung daripada dilihat orang ramai.

tular video bersama lelaki berjambang di genting highland, ini pengakuan nabila razali

Nabila bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai lelaki itu, dan tidak menolak andai jejaka itu adalah rakan sekerja yang bakal membuat penampilan khas dalam karya akan datang.

 

“Buat masa ini, biarlah saya sahaja yang tahu. Biar orang terus berteka-teki.

“Saya tak boleh nak beritahu apa apa sekarang. Mungkin juga gimik untuk lagu akan datang. Jadi, teruslah ikuti perkembangan kerjaya seni saya,” kata Nabila lagi.

 

Dalam pada itu, Nabila turut berkata beliau tidak mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya dan mahu memberikan fokus pada kerjaya terlebih dahulu.

 

Sumber: mStar