Video MK K-Clique Buat Catwalk Guna Baju Isteri Buat Ramai Terhibur

Penyanyi, Muhammad Hairi Amin bin Hamdan atau lebih dikenali sebagai MK K-Clique baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai menerusi satu video pendek di Tiktok.

video mk k-clique buat catwalk guna baju isteri buat ramai terhibur

Suami kepada Siti Hajar ini dilihat mengenakan abaya milik isterinya, sambil membuat satu pertunjukan fesyen dengan memperagakan pakaian tersebut.

video mk k-clique buat catwalk guna baju isteri buat ramai terhibur

Tindakan bersahaja MK nyata disambut oleh tawa Siti Hajar yang melihat keadaan itu.

 

@hajaarsitii KL fashion week 2023, model import dulu rapper katanya. 🙇🏻‍♀️ Korang kenal ke? #klfw2023 ♬ original sound - Hajaar Siti

 

Rata-rata netizen yang melihat telatah MK turut terhibur dan tidak menyangka perangai MK itu serupa dengan suami mereka. Malah, ada netizen yang kagum dengan Siti Hajar kerana mampu menahan dari ketawa besar apabila melihat telatah suaminya seperti itu.

video mk k-clique buat catwalk guna baju isteri buat ramai terhibur

Suami anda macam ni juga ke?
 

Sumber: Tiktok