Penyanyi, pelakon dan pengacara versatil tanah air, Alif Satar adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri tanah air.
Ada pendapat yang mengatakan setiap manusia mempunyai sekurangnya tujuh pasangan kembar di dunia. Itu yang mungkin berlaku kepada Alif Satar baru-baru ini.
Tular video menerusi laman Tiktok @baz0ongi menunjukkan wajah seorang gadis bertudung yang sangat mirip dengan Alif Satar.
Video berkenaan mendapat lebih 1.7 juta tontonan di TikTok, telah berjaya mendapat perhatian Alif Satar sendiri.
“Ini kah rupaku kalau bertudung?,” demikian menurut Alif Satar menerusi ruangan komen di Instagram.
Rata-rata penonton terhibur melihat aksi gadis mirip Alif Satar ini, hinggakan video berasingan juga mendapat jutaan tontonan di Tiktok.
Terdahulu, Alif Satar atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar tampil dalam sebuah filem terbaharu berjudul Pulau.
Sumber: Tiktok