Kebiasaannya, bayi yang baru dilahirkan pasti akan menangis. Namun berbeza dengan seorang bayi yang baru dilahirkan ini.
Tular menerusi aplikasi Tiktok, video seorang bayi yang dilihat termenung seakan-akan memikirkan sesuatu sebaik sahaja beliau dilahirkan.
Lihat video dibawah:
Menerusi video itu, seorang lelaki yang juga bapa berkongsi momen indah selepas kelahiran anaknya. Namun apa yang menarik perhatian ramai termasuk warganet adalah bayi itu hanya diam sambil termenung jauh serta tidak menangis.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terkesima melihat bayi yang tidak menangis itu, sambil mengusik bayi itu dengan pelbagai pendapat berbeza.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 2.1 juta tontonan di Tiktok dengan hampir 300 ribu tanda suka.
Sumber: @popoayah (TikTok)