“Kesian Single Ya, Nah Tissue,” Video Amir Ahnaf dan Anna Jobling Tarik Tontonan Ramai

Sejak tampil berlakon bersama dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah, kedua-dua pelakon utamanya, Amir Ahnaf dan Anna Jobling sering menjadi tumpuan utama warganet.

“tiada isu rampas-merampas,” meerqeen ulas gosip amir ahnaf dengan anna jobling

Selain dilihat bersama dalam beberapa program televisyen, Amir dan Anna juga dilihat sering melakukan video bersama untuk dikongsi kepada pengikut mereka di media sosial.

 

Baru-baru ini, pemilik nama sebenar Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 24, berkongsikan videonya bersama Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman, 24, dalam sebuah kereta.

“kesian single ya, nah tissue,” video amir ahnaf dan anna jobling tarik tontonan ramai

Video ‘sweet’ itu nyata menarik perhatian ramai khususnya para peminat mereka berdua yang rata-ratanya seakan ‘restu’ dengan hubungan mereka ini.

 

@amir.ahnaff Kesian single ya, nah tissue. #SyurgaItuBukanMudah ♬ Mirrors - Justin Timberlake

 

Terdahulu, pelakon, Meerqeen menafikan khabar angin kononnya Anna Jobling telah dirampas oleh Amir Ahnaf. Ujarnya, hubungannya bersama Anna hanya sekadar kawan kerja dan bukannya pasangan kekasih seperti yang digembar-gemburkan media.

 

Sumber: Tiktok