Penampilan Undang Kecaman, Alya Iman Tutup Komen Video Hadir Anugerah Bersama Jejaka Misteri

Pelakon, Alya Iman sekali lagi meraih perhatian netizen selepas tampil anggun bergaya sewaktu hadir ke satu anugerah yang dianjurkan di Kuala Lumpur.

penampilan undang kecaman, alya iman tutup komen video hadir anugerah bersama jejaka misteri

Aktres itu dilihat menggayakan dress labuh berwarna hitam dan jingga, bersam seorang jejaka yang dipercayai adalah teman lelaki beliau.

 

@alyimn @Anugerah Telenovela 9 launching event tonight. #anugerahtelenovela9 #atn9 #bluecarpet #fyp ♬ Makeba - Jain

 

Namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah penampilan beliau yang dikatakan semakin seksi, selepas beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab beberapa bulan yang lalu.

penampilan undang kecaman, alya iman tutup komen video hadir anugerah bersama jejaka misteri

penampilan undang kecaman, alya iman tutup komen video hadir anugerah bersama jejaka misteri

Pemilik nama sebenar Nur Alya Iman Azmil ini bagaimanapun menolak segala kata-kata kurang enak oleh netizen mengenai bergambar bersama jejaka itu. Malah, beliau turut menutup ruang komen pada video yang dimuatnaik olehnya di Tiktok.

 

Terdahulu, Alya Iman pernah meminta agar netizen tidak lagi mengaitkan dirinya dengan arwah bapa, Allahyarham Azmil Mustapha mengenai keputusannya untuk membuka tudung.

tak kisah hadap kecaman, alya iman sedih bila netizen petik nama arwah bapa

Baca: Tak Kisah Hadap Kecaman, Alya Iman Sedih Bila Netizen Petik Nama Arwah Bapa

 

Kredit: TikTok