Ali Puteh Mengamuk Masa Live Tiktok, “Melampau, Netizen Main Nama Bapa Pula..”

Nama Ali Puteh kini sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas kunjungan kakak iparnya, Nor Hidayah ke rumah milik Allahyarham Abam Bocey baru-baru ini.

tak boleh nak masuk rumah sendiri, isteri allahyarham abam bocey minta netizen nilai sendiri

Menerusi video yang telah dikongsikan Ali Puteh di Instagram, beliau mendakwa ada pihak sengaja menaburkan garam diluar rumah itu, dengan tujuan tidak baik. Bagaimanapun dakwaan Ali itu telah menerima kecaman ramai kerana ia adalah satu tuduhan yang berat dan tidak berasas. Video itu juga telah dipadam Ali tidak lama selepas itu.

 

Terbaharu, seorang pengguna Tiktok telah merakam video menunjukkan Ali Puteh mengamuk semasa sedang melakukan siaran langsung kerana ada netizen yang mengejek sambil menyebut nama bapanya. Dalam video itu, Ali berkata tindakan netizen itu sangat biadap.

 

@akubukanfavourite_ die mmg salah tp jgn smpai main makpak,makpak die mgkin xsuke dgn ape yg die buat..so netizen pun nk ke cam,ke cam die je da la..pape pun moga kak dayah dan anak nye akan dpt hak yg sepatutnya scepat mgkin..🙂#aliputihmengamuklive ♬ bunyi asal - ❤️Fa-Hana Yusof ☝️

 

Menurut Ali, beliau tidaklah ‘koyak’ dengan kecaman netizen, namun jika terjumpa depan-depan individu biadap itu mungkin dia akan disepak olehnya kerana terlalu melampau.

ali puteh mengamuk masa live tiktok, “melampau, netizen main nama bapa pula..”

“Bukan masalah koyak, tapi awak cakap pasal bapa saya tu.

“Kau ingat ni zaman sekolah dulu ke, kau tahu bapa orang ada ke takde ke?

“Kalau depan-depan, memang aku sepak sekali tu,” katanya dalam live Tiktok itu.

 

Video itu sempat dirakam dan dimuatnaik semula oleh pengguna Tiktok @akubukanfavourite_.

 

Sumber: Tiktok