Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Selain bergiat aktif dalam aktiviti seni, gelagat anak sulung beliau, Siti Aafiyah turut menjadi perhatian ramai, lebih-lebih lagi aksi comelnya yang dikongsikan Tokti di media sosial.
Terbaharu, tular di media sosial rakaman video memaparkan Aafiyah menunjukkan bakat nyanyiannya ketika sedang bermain buaian sambil ditemani Siti.
Video itu memperlihatkan Siti sedang menyanyi lagu Burung Kakak Tua yang disambung oleh Aafiyah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji suara merdu Aafiyah yang mewarisi bakat ibunya. Malah ramai menjangkakan Aafiyah akan menjadi penyambung legasi Siti apabila dia dewasa kelak.
Sehingga kini, video itu telah meraih ratusan ribu tontonan di Tiktok.
Sumber: Tiktok @sitizoners.official