Boleh Merebak Sepantas 15 Saat Di Udara, Varian Delta Punca Kes Meningkat!

Peningkatan secara mendadak kes baru COVID-19 khususnya di Malaysia adalah berpunca daripada pertambahan kes varian Delta, yang mana ia mampu merebak dengan cepat dalam masa 15 saat melalui udara.

boleh merebak sepantas 15 saat di udara, varian delta punca kes meningkat!

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jangkitan melalui udara ini akan meningkatkan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti yang menyebabkan peningkatan kes harian.

 

"Peningkatan kes bukan hanya negara kita tetapi seluruh dunia terkesan dengan varian Delta termasuk negara jiran dan United Kingdom kerana varian Delta kini dominan menggantikan varian sedia ada. Kita lihat peningkatan kes sejak 26 Jun lepas...peningkatan ini kerana kadar kebolehjangkitan varian Delta yang begitu cepat.

"Kalau kadar kebolehjangkitan virus biasa antara 2.5 hingga 3 tetapi varian Delta dan varian yang kita kenal pasti adalah tinggi iaitu 5 hingga 8 kerana sifat virus berubah. Ertinya kalau 100 orang dijangkiti dalam tempoh masa terdekat akan jangkiti 500 hingga 800 orang," katanya.

 

Bagaimanapun menurutnya lagi, pelaksanaan total lockdown dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 1 Jun lalu telah berjaya mengawal kadar jangkitan dan memberi ruang serta masa kepada KKM untuk mengurus pertambahan katil, peralatan dan ubat-ubatan di hospital seluruh negara.

boleh merebak sepantas 15 saat di udara, varian delta punca kes meningkat!

Varian Delta ini memiliki nama lain iaitu B.1.617.2 sewaktu pertama kali dikesan pada akhir tahun 2020 di India.

 

Sumber: Astro AWANI