Vaksin Berkesan! Satu Persatu Wad COVID-19 Kini Ditutup

Vaksin COVID-19 ialah vaksin yang digunakan untuk merawati penyakit koronavirus 2019 (COVID-19). Setakat 1 September 2021, sudah lebih 15 juta individu dewasa di Malaysia yang lengkap divaksinasi.

vaksin berkesan! satu persatu wad covid-19 kini ditutup

Keberkesanan vaksin COVID-19 sudah mula menampakkan kesannya apabila satu persatu wad Unit Rawatan Rapi (ICU) ditutup dengan pesakit bukan Covid-19 yang selama ini menumpang di wad sementara telah kembali ke wad asal.

 

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pakar bius, Dr. Hana Hadzrami menerusi laman Facebooknya yang mendakwa jumlah pesakit di ICU sudah tidak seramai seperti sebelum ini dan pihaknya tidak perlu lagi memilih siapa yang perlu didahulukan untuk diberi rawatan.

 

“Jumlah pesakit yang dirujuk untuk kemasukan ICU masih ada, namun tidak seramai sebelumnya. Kami sudah tidak perlu pilih. Boleh terima semua. Ia amat melegakan.

“Namun menyedihkan apabila tetap ada sebilangan kecil warga emas dan golongan berkomorbid yang keciciran vaksin fasa kedua.

“Semuanya terdiri daripada mereka yang dahulunya ragu-ragu untuk menerima vaksin dan mahu melihat kesan kepada orang lain dulu. Sesal kemudian yang tiada guna,” tulisnya.

 

Bagaimanapun, enam wad ICU COVID-19 di hospital tempat beliau bertugas masih berfungsi penuh, dengan sebahagiannya telah diubah menjadi ‘off-tag’ Covid-19 iaitu ICU untuk pesakit Covid yang telah melepasi tempoh infektiviti 21 hari namun masih berada dalam keadaan kritikal.

 

Tambahnya, pesakit COVID-19 dengan kategori 5 yang tidak boleh sembuh dalam tempoh singkat, dan masih bergantung kepada mesin pernafasan, dengan hampir semua terdiri daripada mereka yang belum divaksinasi.

 

“Sekarang jika kami terima pesakit yang divaksinkan ke ICU (lengkap atau tak lengkap) untuk Kategori 4 dan ke atas, terasa sedikit lega. Kerana mereka memberi respons yang sangat cepat kepada rawatan.

“Majoriti hanya perlu sokongan oksigen paling tinggi melalui HFNC (alat bantuan pernafasan kanula hidung aliran tinggi) dan itu pun hanya sementara. Cepat boleh kami discaj. Tinggi harapan agar sekelumit cahaya ini dapat bersinar cerah,” ujarnya.

 

Dr. Hana juga mengingatkan orang ramai supaya terus menjaga SOP dan melengkapkan vaksinasi masing-masing.

 

Sumber: [1]