Isu Kawan Pinjam Baju Tak Pulang, Uyaina Kongsi Kisah Hampir Serupa, “Ada Kesan Darah ..” [Video]

Baru-baru ini, tular di media sosial X kisah seorang gadis yang diburu rakan sendiri gara-gara tidak memulangkan baju yang pernah dipinjamnya sebelum ini.

isu kawan pinjam baju tak pulang, uyaina kongsi kisah hampir serupa, “ada kesan darah ..” [video]

Kisah itu menarik perhatian pengacara, Uyaina Arshad yang turut berkongsi kisah hampir serupa ketika beliau di zaman sekolah menengah.

isu kawan pinjam baju tak pulang, uyaina kongsi kisah hampir serupa, “ada kesan darah ..” [video]

“Ada this one girl pinjam baju kurung saya. Baju kurung itu warna purple. Dia pinjam dan pulangkan balik, tanpa saya perlu mengemis which is good. Tapi dia pulangkan balik dengan aksesori tambahan.

“Satu baju tu tak berbasuh, dua ada kesan bocor dekat kain baju kurung. Ada kesan darah kering di situ. Kepala otak I jem waktu tu. Kita bila dapat baju mestolah kita cium, especially bila baju lepas laundry.

“Saya cium dengan harapan baju tu berbau wangi. Bila saya cium baju tu, satu bau perfume dengan bau ketiak yang dah bercampur. Dua bila saya nampak kesan darah tu saya macam…” katanya.

 

@uyaina.arshad

Tengah scroll X, tetiba terbaca tweet ni. Korang pernah face tak benda ni? Orang pinjam barang korang, pastu tak pulang2 kan. Yang kes macam I kena tu, ada jugak yang pernah kena tak? 🙂 Meh share! Haih.. Common sense lah benda yang paling tak common 🙃

♬ original sound - UA

 

Dalam pada itu, Uyaina turut menegaskan hal ‘common sense’ jika kita telah meminjam barang milik orang lain dan ia harus dipulangkan sebelum pemiliknya meminta ia dipulangkan.

 

Sumber: Tiktok Uyaina Arshad