Ramai Lelaki Cuba Pikat Nadia Brian, “Ada Ustaz di Mekah Turut Berminat..”

Pelakon, Nadia Brian sebelum ini pernah berkata dia mahu mencari lelaki yang mempunyai pengetahuan agama sebagai calon suami.

dah tiga tahun single, nadia brian mahu calon suami kuat pengetahuan agama

Memetik Kosmo, Nadia berkata ada menerima mesej peribadi di Instagram daripada beberapa individu yang mahu berkenalan dengannya, termasuk ustaz, selepas beliau mengeluarkan kenyataan itu.

 

Bagaimanapun, Nadia enggan mengambil pusing dengan mesej yang diterima, selain menganggap ia hanya gurauan sahaja.

dikecam kerana mahu calon suami beriman tapi penampilan seksi, ini respon nadia brian

Baca: Dikecam Kerana Mahu Calon Suami Beriman Tapi Penampilan Seksi, Ini Respon Nadia Brian

 

“Ramai sebenarnya yang mesej saya melalui Instagram dan ada juga ustaz yang katanya berada di Mekah turut berminat dengan kenyataan saya.

“Bagaimanapun saya tahu semua orang hanya main-main sahaja untuk konten di TikTok ataupun platform sosial media yang lain, jadi saya anggap mereka hanya bergurau dengan saya,” katanya.

 

Terdahulu, Nadia berkata sebagai wanita tentu sahaja dia mahukan pasangan yang boleh membimbingnya ke arah yang lebih baik. Namun beliau akui untuk berubah, sebenarnya ia bergantung kepada diri sendiri.

 

Baca: Dah Tiga Tahun Single, Nadia Brian Mahu Calon Suami Kuat Pengetahuan Agama

 

Sumber: Kosmo!