Insiden Kamal Adli Dipukul, Uqasha Mohon Rakyat Malaysia-Singapura Tidak Bergaduh

Susulan daripada insiden pelakon, Kamal Adli cedera selepas diserang dengan chota besi serta senjata tajam di tapak Singapore Expo, Singapura, semalam, isteri beliau, Uqasha Senrose menyeru rakyat dua negara ini untuk tidak berbalah.

kamal adli parah dipukul, uqasha senrose dedah mesej ugutan pada suaminya

Menurut Uqasha, kejadian yang menimpa Kamal tidak seharusnya menjadi punca pergaduhan rakyat Malaysia dan Singapura.

 

“Orang Singapura semuanya baik-baik dan mereka bantu kami sekeluarga di sini.

“Jangan disebabkan apa yang berlaku kepada Kamal, anda semua hendak bergaduh. Hentikan semua pertelingkahan,” tegasnya.

 

Uqasha turut berkongsi keadaan semasa suaminya yang kini sudah sedar daripada kesan suntikan bius yang diterima untuk pembedahan.

insiden kamal adli dipukul, uqasha mohon rakyat malaysia-singapura tidak bergaduh

“Dia baru sahaja sedar daripada kesan ubat bius selepas ditidurkan untuk jalani pembedahan.

“Kamal juga perlu membuat membuat imbasan X-ray untuk mengesan sekiranya berlaku sebarang keretakan pada anggota badan lain. Harap semua dapat mendoakan untuk Kamal,” katanya lagi.

 

Insiden serangan bersenjata keatas Kamal Adli jelas membuatkan Uqasha kini dalam keadaan trauma kerana semuanya berlaku di depan matanya sendiri.

 

 

Terdahulu, Kamal Adli telah mengalami kecederaan parah selepas dipukul oleh individu tidak dikenali dengan senjata tajam dan chota besi. Kamal dipukul pada bahagian kepala, muka dan badan serta mengalami kecederaan parah hingga perlu membuat pembedahan di Hospital Besar Changi.

 

Suspek juga dilapor telah ditahan oleh pihak polis.

 

Sumber: Kosmo! / Uqasha Senrose