Kembara Upin & Ipin Kembali Di Pentas Teater

Kebiasaannya karakter adik-beradik Upin & Ipin ini sering dilihat baik di dalam kaca televisyen mahupun di layar perak.

kembara upin & ipin kembali ke pentas teater

Tapi kali ni, lain pula! Adik-beradik kembar yang cukup popular dengan celoteh menghiburkan ini kembali menerusi pementasan teater iaitu “Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom!” bertempat di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 3 hingga 4 September ini.

“Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom!” arahan Siti Rohaya Atan ini menampilkan lakonan dan aksi maskot Upin, Ipin serta kawan-kawan dalam pengembaraan dunia penuh magik, “Pin Pin Pom!” yang mana ia sarat dengan penggunaan pelbagai teknologi hebat termasuk teknik kesan khas, efek pencahayaan serta penggunaan LED skrin bagi memberikan impak luar biasa kepada pementasan tersebut.

Turut tidak ketinggalan, teater mesra keluarga yang berdurasi lebih lebih 1 jam ini juga padat dengan aksi mendebarkan serta mencuit hati dengan lagu-lagu muzikal yang pasti membuatkan penonton terhibur dan menyanyi bersama-sama. Antara lagu termasuk lagu-lagu popular Upin & Ipin seperti “Gembira Bermain” dan beberapa lagu-lagu baru seperti lagu “Upin & Ipin Berani” dan “Pin Pin Pom!”. 

Teater ini juga akan menampilkan beberapa watak baru yang pertama kali dimunculkan di pementasan teater seperti watak Pahlawan Magik Upin Ipin dan Nenek Kebayan.

“Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom!” ini akan dipentaskan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 3 & 4 September 2022 dengan waktu persembahan pada 11 pagi, 3 petang dan 8.15 malam.

Orang ramai juga boleh menikmati potongan harga tiket sehingga 50 peratus dan membeli tiket pada hari persembahan. Layari laman https://my.trip.com.