TERKINI COVID 19: 20 Kes Lagi Bertambah Di Malaysia, 149 Keseluruhan Kes Sehingga Hari Ini

terkini covid 19: 20 kes lagi bertambah di malaysia, 149 keseluruhan kes sehingga hari ini

Nampaknya penularan wabak novel Coronavirus atau nama rasminya COVID19 masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda.

Sehingga jam ini, Kementerian kesihatan telah mengesahkan terpadat 20 kes baru yang dilaporkan di Malaysia. Dengan jumlah itu, keseluruhan kes yang positif adalah sebanyak 149 kes.

Bagaimanapun, daripada jumlah itu, 26 kes telah berjaya disembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital. Kes tersebut termasuklah untuk pesakit yang ke-78.

Untuk luar Malaysia pula, negara Perancis dan Itali menunjukkan angka kematian yang mendadak. Namun, negara China menunjukkan penurunan dari jumlah kematian jika dibandingkan dengan hari-hari sebelumnya.

Covid 19 antara wabak yang begitu pantas merebak. Jadi, tolonglah jaga kesihatan korang tu. Selalulah basuh tangan.