Buat anda yang sering menggunakan perkhidmatan dobi, anda mungkin perlu lebih berhati-hati ketika memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh baju selepas anda membaca artikel ini.
Baru-baru ini tular satu video di laman sosial menunjukkan seekor ular sawa melingkar dan masuk ke dalam sebuah mesin basuh baju kedai dobi di Larkin, Johor.
Video yang dirakam menerusi rakaman CCTV elas menunjukkan ular yang dianggarkan sepanjang 5 kaki memasuki salah satu mesin basuh baju dobi tersebut. Mujur salah seorang pengguna dobi berkenaan sedar akan kehadiran ular sawa ini lalu segera menutup pintu mesin basuh.
Tidak menunggu lama, anggota bomba dan penyelamat telah menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan reptilia berkenaan.
Seramai tiga anggota terlibat telah dikerah ke lokasi berkenana dan menemui seekor ular sawa batik seberat 20 kilogram berada dalam salah sebuah mesin basuh disitu. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berhubung insiden ini.
Warganet yang menonton video dari CCTV dobi rata-rata meluahkan rasa cemas dan bimbang sekiranya mereka tidak sedar akan kehadiran reptilia berkenaan semasa sedang menggunakan dobi kelak.
Sumber: Siakap Keli