Vaksin Berkesan! UK Kini Catat Sifar Kematian COVID-19

Vaksin COVID-19 yang diberikan kepada hampir separuh dewasa di United Kingdom (UK) sudah mula menunjukkan keberkesanannya apabila negara itu merekodkan sifar kematian COVID-19 untuk pertama kali sejak Julai tahun lalu, meskipun terdapat peningkatan kes yang dikaitkan dengan varian Delta.

vaksin berkesan! uk kini catat sifar kematian covid-19

Setakat ini, UK telah merekodkan 4.49 juta kes COVID-19.

vaksin berkesan! uk kini catat sifar kematian covid-19

Angka sifar kematian ini direkodkan pada Selasa selepas kerajaan mencatatkan hanya satu kes kematian akibat COVID-19 sehari sebelumnya iaitu pada Isnin yang juga hari cuti umum. Perkembangan ini telah disifatkan sebagai satu khabar gembira oleh Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock yang juga menyatakan program vaksinasi sejak Disember lalu, sebagai ‘berkesan'.

 

Malah, sejak beberapa bulan yang lalu, UK juga sudah mula membuka ekonominya.

 

Meskipun begitu, pakar UK memberi amaran negara itu mungkin berdepan gelombang ketiga penularan susulan varian Delta yang pertama kali dikesan di India.

 

Sumber: BBC News