Kumpul Duit Belanja Nak Beli Album, Ubai Suka Shila Amzah Sejak Di Bangku Sekolah Lagi

Baru-baru ini, pempengaruh, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, telah selamat menjadi suami kepada penyanyi, Shila Amzah, 31.

kumpul duit belanja nak beli album, ubai suka shila amzah sejak di bangku sekolah lagi

Menceritakan detik perkenalannya bersama penyanyi popular itu, Ubai berkata dalam diam beliau sudah menjadi peminat Shila sejak tahun 2011 lagi, iaitu ketika beliau masih berada di bangku sekolah.

 

Malah, Ubai berkata beliau terpaksa mengumpul duit sekolah untuk membeli salah satu album Shila yang kini sah menjadi isterinya.

 

“Masa tu saya sekolah di tingkatan 1, jadi ketika itu saya dapat duit belanja RM3 dan setiap hari saya akan simpan 50 sen untuk saya kumpul beli album Shila.

“Saya memang suka pada dia sejak dia berduet dalam 3 Suara bersama Jacklyn Victor dan Ning Baizura. Sejak daripada itu saya meminatinya.

“Bila sudah bekerja dalam bidang media, saya cuba cari jalan untuk berjumpa dengan dia sebelum berkomunikasi dengannya melalui live Tiktok.

“Alhamdulillah, kini dia sudah menjadi isteri saya, tak sangka perjalanan itu sangat indah,” kata Ubai.

 

Pasangan ini selamat dinikahkan hujung minggu lalu di Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ubaidillah (@ubaimz)

 

Shila dalam pada itu juga sempat berkongsi cerita daripada arwah ibu mentuanya mengenai fanatiknya Ubai terhadapnya sebagai penyanyi.

 

“Masa 2014, Ubai ni sebenarnya memang peminat saya, lepas tu dia beli album saya. Arwah mak beritahu dulu dia sampai nak pengsan dengar lagu Shila Amzah.

“Sebab dalam perjalanan dari KL ke Kelantan, memang lagu Shila saja yang dia pasang. Bayangkanlah dari KL ke Kelantan lagu Shila sahaja.

“Malah, Ubai siap letak gambar profil Facebook dia foto saya,” kongsi Shila.

 

Disoal mengenai rezeki anak, Shila dan Ubai tidak tolak rezeki jika dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ini.

 

“Kami tiada perancangan khusus berkaitan anak sebab bagi saya kalau ada Alhamdulillah.

“Kami sekufu bab ini, untuk urusan anak, seandainya ada rezeki kami tidak menolaknya,” kata Shila lagi.

 

Terdahulu, Shila pernah mempunyai seorang cahaya mata iaitu Seth Uwais, 4, hasil perkahwinannya terdahulu bersama Haris Idraki Elias pada 2018. Namun pasangan ini berpisah pada Februari 2022.

 

Sumber: Astro Gempak