Majlis Bertunang Kejutkan Ramai, Ubai, Shila Amzah Rancang Nikah Tahun Ini

Semalam (28 Mei), warganet dikejutkan dengan beberapa foto yang menunjukkan pasangan Shila Amzah dan Ubai yang telahpun bertunang.

majlis bertunang kejutkan ramai, ubai, shila amzah rancang nikah tahun ini

Ubai ataupun nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli, 25, berkata, mereka telahpun merancang untuk bernikah pada tahun ini namun ia bergantung kepada tahap kesihatan ibunya yang kini menghidap kanser ovari.

 

Ujarnya, buat masa ini doktor memaklumkan ibunya itu perlu menjalani sebanyak enam sesi kimoterapi dan tiga daripadanya sudah selesai dilakukan.

 

Ibu Ubai, Rohani Jamal, 52, telah disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga sejak enam bulan lalu yang menyebabkan juga dia tidak lagi boleh berjalan.

majlis bertunang kejutkan ramai, ubai, shila amzah rancang nikah tahun ini

Tambah Ubai, beliau dan Shila tidak berniat untuk merahsiakan pertunangan, sebaliknya majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri sekitar 150 jemputan membabitkan saudara mara serta kenalan rapat.

 

Ubai juga berkata beliau sempat juga bertemu dengan bapa Shila iaitu Datuk ND Lala, namun tidak dapat berbual panjang.

 

“Sebelum ini saya pernah berjumpanya beberapa kali. Semalam pun beliau tiba sebelum majlis bermula iaitu sekitar pukul 2 petang lagi,” kongsinya lagi.

 

Terdahulu, Shila Amzah telah memuatnaik satu hantaran di Instagram yang menunjukkan seolah-olah hubungan mereka telah berakhir, namun ia dinafikan penyanyi berusia 33 tahun itu. Selang beberapa hari kemudian, Shila dan Ubai dilapor telah pun bertunang dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

 

Sumber: Kosmo!