Ubai Dedah Shila Amzah Trauma, “Tak Pernah Pegang IC, Kad Bank Sampai Usia 28 Tahun”

Suami kepada penyanyi popular Shila Amzah iaitu Ubai MZ baru-baru ini telah membuat pendedahan mengejutkan mengenai penderitaan yang ditanggung isterinya.

“terima kasih untuk lima bulan yang indah,” shila amzah dan ubai dah putus ke?

Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, Shila telah mengalami bermacam-macam penderitaan mental dan fizikal, hanya disebabkan statusnya sebagai anak sulung keluarga.

 

Kata beliau, Shila yang mula bekerja sejak dari usia 10 tahun tidak pernah memegang duit, kad bank dan kad pengenalan sendiri sehinggalah usianya mencecah 28 tahun.

kumpul duit belanja nak beli album, ubai suka shila amzah sejak di bangku sekolah lagi

“Penderaan mental dan fizikal dalam tempoh tiga tahun perkahwinan. Tanggung bekas suami. Bercerai dan trauma.

“Mulakan hidup baharu selepas bercerai dengan menanggung hutang keluarga ratusan ribu ringgit. Hutang berjaya dibayar. Sehingga kini masih tanggung keluarga,” dedah Ubai.

 

Ubai, 25, turut memaklumkan selama ini isterinya itu berdepan segala penderitaan secara sendirian dan tiada siapa pun ambil peduli.

 

“Dia sendiri. Tiada yang membantu. Baik keluarga mahupun orang lain. Ramai yang cerca dan hina, hanya dia tahu apa yang dilalui sepanjang 33 tahun kehidupannya. Tiada tempat untuk berkongsi, jika dikongsi tiada siapa yang endahkan,” coretnya lagi.

ubai dedah shila amzah trauma, “tak pernah pegang ic, kad bank sampai usia 28 tahun”

ubai dedah shila amzah trauma, “tak pernah pegang ic, kad bank sampai usia 28 tahun”

Sejak semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan kisah pergolakan keluarga Shila Amzah melibatkan dirinya bersama dua adiknya iaitu Syafiq Amzah dan Syada Amzah.

 

Penyanyi itu dituduh tergilakan harta dan kesenangan hanya kerana bertindak menjual banglo miliknya, sekaligus membuatkan ahli keluarga lain hilang tempat berteduh.

 

Ekoran itu, adik beradik Shila dikatakan akan mendedahkan perangai sebenar Shila di media sosial kepada umum, membuatkan hati Shila remuk dan kecewa.

Sumber: X Ubai