Tya Arifin Sedih Jadi Mangsa Fitnah Video 'Aksi Seksi'

Pelakon dan juga usahawan popular, Tya Arifin meluahkan rasa sedih selepas beliau menjadi mangsa fitnah ekoran penyebaran video di sebalik tabir yang memperlihatkan beberapa aksi yang dilihat netizen sebagai seksi.

tya arifin sedih jadi mangsa fitnah video 'aksi seksi'

Tya atau nama sebenarnya Nurtia Wulandari berkata video di sebalik tabir itu tidak seharusnya disebarkan kerana versi sepenuhnya akan dilancarkan kepada umum pada 10 Oktober.

 

Ujarnya, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil rakaman semasa penggambaran sehingga ia menimbulkan perspektif berbeza oleh masyarakat.

tya arifin sedih jadi mangsa fitnah video 'aksi seksi'

Menurut Tya, beliau meluahkan rasa sedih atas apa yang berlaku dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sebaliknya meminta peminat untuk terus menunggu kisah sebenar di sebalik video berkenaan.

 

“Saya sedih kerana video itu tersebar lebih awal. Untuk semua, sabar dan tengok apa yang sebenarnya berlaku apablia video penuh itu dilancarkan nanti.

“Terima kasih kerana memberi sokongan kepada saya,” katanya.

 

@tyaarifinnw Terimakasih yang sudah memahami ❤️ #10.10 #tyaarifin #jamumutyara #viral #fyp ♬ suara asli - Tya Arifin

 

Video yang tular menerusi laman Tiktok itu telah mengundang kecaman ramai pihak yang menyifatkan gaya posing Tya tidak bersesuaian dengan imejnya yang bertudung. Malah, Tya didakwa sanggup menjatuhkan maruahnya sendiri sebagai seorang wanita Muslimah demi mempromosikan produk.

 

Sumber: Kosmo!