Tular Mesej Beli Sijil Vaksinasi MySejahtera Pada Harga RM2,500

Sijil digital vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera merupakan identiti unik yang menunjukkan status vaksinasi COVID-19 individu di Malaysia. Ia dipamerkan secara automatik selepas seseorang itu lengkap mendapatkan suntikan vaksinasi.

 

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di aplikasi WhatsApp mendakwa boleh menyediakan atau membuat sijil digital vaksinasi dalam MySejahtera dengan bayaran sebanyak RM2,500 bagi setiap individu.

tular mesej beli sijil vaksinasi mysejahtera pada harga rm2,500

Menurut tangkap layar mesej terbabit, pembeli juga dikatakan akan ‘selamat’ jika diperiksa oleh penguat kuasa selain sijil tersebut boleh digunakan di semua tempat.

 

Malah, sijil tersebut juga akan dipaparkan dengan maklumat pembeli seperti nama dan nombor kad pengenalan pada aplikasi MySejahtera.

 

Bagi membeli identiti terbabit, pembeli dikatakan hanya perlu menyediakan salinan IC serta ID MySejahtera dan perlu menunggu dua minggu untuk proses kemaskini.

 

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak terlibat dengan mana-mana urusan jual beli sijil digital vaksinasi ini bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan wang ringgit.

 

Sumber: [1]