Tulang Lengan Tangan Azira Shafinaz Retak, Minta Doa Agar Cepat Sembuh

Pelakon, Azira Shafinaz berkongsi berita duka apabila tulang pergelangan tangannya mengalami keretakan gara-gara terjatuh ketika menjalani penggambaran sebuah drama.

tulang lengan tangan azira shafinaz retak, minta doa agar cepat sembuh

Menurut pemilik nama sebenar Azira Shafinaz Ramlan, 33, meskipun beliau terpaksa dikejarkan ke jabatan kecemasan sebuah hospital, tiada kecederaan serius yang perlu dirisaukan.

 

“Secara tak sengaja jatuh ketika saya sedang menjayakan satu babak malam tadi.

“Alhamdulillah tiada kecederaan serius, cuma retak yang sangat kecil (hairline fracture) bahagian tulang pergelangan tangan. Tolong doakan saya segera pulih,” tulis beliau menerusi hantaran di Instagram.

tulang lengan tangan azira shafinaz retak, minta doa agar cepat sembuh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar Azira segera pulih dan sembuh daripada kecederaan yang dialami.

 

 

tulang lengan tangan azira shafinaz retak, minta doa agar cepat sembuh

Dalam perkembangan lain, ahli kumpulan DeFam ini turut mendedahkan beliau kini sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga selepas 12 tahun perkenalan bersama kekasih, Yaseer Khan.

 

Sumber: Instagram