‘Henti Cakap Saya Kembar Dia’ - Tracie Sinidol Enggan Jadi Bayangan Mira Filzah

Pemenang Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol menegaskan yang dia enggan terus dikaitkan dengan nama Mira Filzah dan ingin membina identiti sendiri dalam arena hiburan tanah air.

‘henti cakap saya kembar dia’ - tracie sinidol enggan jadi bayangan mira filzah

“Terima kasih atas kemenangan ini, saya dah cipta gelaran baharu. Henti cakap saya kembar Mira Filzah. Sekarang saya berdiri dengan gelaran sendiri, Tracie Juara Dewi Remaja 2022.

“Bukan tak suka dikaitkan, saya tak nafikan ada kelebihan apabila orang gelar saya kembar Mira, contohnya diberi tawaran kerja. Tetapi saya tak nak nama tenggelam dan orang ingat saya kerana Mira. Saya perlu ada identiti sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Tracie turut meluahkan rasa syukur atas kemenangan tersebut dan berharap ia bakal menjadi pembuka jalan buat dirinya untuk menceburi dunia seni.

“Sabah kaya dengan bakat tapi sayangnya kami tiada peluang untuk kembangkannya kerana banyak faktor. Paling ketara adalah dialek.

“Jadi sekarang usaha saya memang untuk memperbaiki dialek Sabah dengan belajar bahasa baku menerusi tontonan filem, drama serta lagu selain pembawaan diri di hadapan orang ramai,” ujarnya.

Terdahulu, Tracie merangkul gelaran juara Dewi Remaja 2022 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

 

Sumber: Kosmo