Penyanyi, pelakon dan pengacara wanita, Daiyan Trisha adalah nama yang cukup dikenali dalam industri seni tanah air.
Baru-baru ini, Daiyan Trisha dilihat sedang bercuti di sebuah pusat peranginan di Langkawi, namun apa yang paling mencuri perhatian ramai adalah topi gergasi yang dipakai olehnya.
Menerusi foto dan video yang dikongsikan Daiyan di laman Instagramnya, Daiyan dilihat mengenakan topi gergasi itu bersama dress dan kaca mata hitam. Kelihatan sedikit kekok bersama topi berkenaan, Daiyan tetap tampil cantik dengan penampilan itu.
“Kenapa i feeling macam ni i penat la hahahahahahaha”, tulis Daiyan pada kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Daiyan memuji kecantikkan aktres ini sambil berseloroh dengan topi gergasinya itu.
Mungkin dengan topi ini, Daiyan tidak perlu lagi memakai krim pelindung matahari?
Sumber: Instagram