Tiz Zaqyah dan Nora Danish Sah Positif COVID-19

Pelakon, Tiz Zaqyah dan Nora Danish mengesahkan diri mereka dijangkiti wabak COVID-19.

 

Memetik kenyataan di Instagram, kedua-dua aktres itu memaklumkan keputusan ujian saringan positif mereka oleh pihak hospital pada Ahad pagi.

 

Nora berkata beliau menjalani swab test pada Sabtu kerana mempunyai kontak rapat kategori C.

tiz zaqyah dan nora danish sah positif covid-19

“Keputusan pagi tadi mendapati Nora positif walaupun langsung tida ada sebarang simptom.

“Sekarang Nora self-quarantine di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka sudah lakukan PCR test 12 tengah hari tadi dan doakan untuk kami semua,” katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

 

Sehubungan itu, Nora menasihatkan sesiapa yang pernah berjumpa dengannya antara 4 hingga 8 Mei lalu agar menjalani ujian calitan bagi mengesahkan status kesihatan masing-masing.

 

Sementara itu, Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 33, memaklumkan dia menjalani ujian calitan selepas berasa tidak selesa dengan kesihatan dirinya. Malah, beliau merasa tubuhnya menggigil dan tidak seperti kebiasaan selain juga mengalami batuk ringan.

tiz zaqyah dan nora danish sah positif covid-19

“Tolong dapatkan segera ujian jika ada demam, selsema, bersin atau sakit kepala. Jangan terlalu yakin, sebab mungkin ada yang tiada symptom… pergi buat ujian sebelum menjadi lebih teruk. Duduk di rumah… virus ada di mana-mana,” kata Tiz Zaqyah.

 

 

Sumber: Instagram