Pelakon Muda Indonesia Ini Teringin Berlakon Bawah Syamsul Yusof

Pelakon muda kelahiran Indonesia, Tissa Biani melahirkan keinginannya untuk berlakon di bawah arahan pengarah hebat, Syamsul Yusof.

pelakon muda indonesia ini teringin berlakon bawah syamsul yusof

Tissa atau nama sebenarnya Tissa Biani Azzahra berkata beliau tahu tentang pengarah itu menerusi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul.

 

“Kalau di Malaysia saya sempat dengar tentang filem terlaris di negara ini iaitu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

“Ada dengar ramai yang memuji filem (di Malaysia) ini dan bahkan di Indonesia juga sempat dirilis di sana.

“Saya rasa teringin juga ingin bermain (filem) di negara ini. Kalau pengarah filem Mat Kilau (Syamsul Yusof), saya tak begitu terperinci tahu tentangnya tapi filemnya sempat saya tahu sebab viral juga kan,” katanya kepada Kosmo! Online.

pelakon muda indonesia ini teringin berlakon bawah syamsul yusof

Tissa yang popular dengan filem seram, KKN di Desa Penari juga mahu mencari peluang untuk berlakon dengan produksi filem atau drama di Malaysia.

 

Sumber: Kosmo! Online