Nak Bina Nama Di AS? Ini Tips Dari Yuna, “Kamu Perlu Tahu Ia Sukar..”

Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna, pernah menyatakan hasratnya kepada sebuah syarikat rakaman tempatan untuk menembusi pasaran muzik Amerika Syarikat (AS) pada usianya 23 tahun.

nak bina nama di as? ini tips dari yuna, “kamu perlu tahu ia sukar..”

Namun, impiannya ketika itu tidak mendapat perhatian kerana dianggap tidak ada sesiapa dari AS yang akan mendengar muziknya.

 

Sekarang, pada usia 36 tahun, pemilik nama penuh Yunalis Mat Zara’ai ini telah membina nama di negara Amerika Syarikat dan membuktikan bakatnya adalah pada tahap antarabangsa.

 

Perjalanan Yuna untuk mencapai kejayaan ini tidak mudah. Beliau sedar ramai artis dan pemuzik di Malaysia sangat berbakat dan bercita-cita untuk menembusi pasaran muzik AS seperti dirinya dahulu.

nak bina nama di as? ini tips dari yuna, “kamu perlu tahu ia sukar..”

Menurut Yuna, langkah pertama yang perlu diambil adalah dengan aktif bermain dan menghasilkan muzik di Malaysia serta mencari kelompok peminat yang kuat untuk menyokong kerjaya seni yang dilakukan.

 

Yuna juga mengingatkan mereka yang ingin menembusi pasaran AS agar berpijak di bumi nyata dan mempunyai kesabaran, kerja keras, serta keberanian untuk menjadi artis di luar negara.

 

Menurut Yuna, sebelum membuat keputusan untuk terbang ke AS, beliau sudah menghantar banyak e-mel kepada individu atau penganjur untuk mengetahui peluang bagi melakukan persembahan dan kemudiannya mengumpulkan modal. Pada mulanya, Yuna hanya membuat persembahan di tempat kecil seperti kafe atau hotel dan menumpang di rumah pelajar Malaysia di AS.

 

Yuna juga berkongsi pengalaman perjuangan muziknya di AS tanpa ditaja oleh mana-mana syarikat atau mendapat bantuan kewangan. Dia berpendapat bahawa laluan mungkin akan lebih mudah bagi pemuzik dan artis di Malaysia untuk mencipta nama di luar negara sekiranya pihak berwajib terlibat mengambil peranan.

 

Dalam pada itu, Yuna mencadangkan untuk mengadakan program atau kursus khas bagi pemuzik muda yang sangat serius untuk menghasilkan muzik, serta menjalankan sesi studio bersama pemuzik dan penerbit di AS. Yuna percaya bahawa ramai anak muda yang sangat berbakat di Malaysia, tetapi mereka tidak mempunyai peluang untuk belajar lebih mendalam.

 

Terdahulu, album Yuna bertajuk "Chapters" pernah disenaraikan sebagai 10 album R&B Terbaik oleh pengkritik Billboard, Gail Mitchell. Selain itu, Yuna pernah disenarai pendek untuk pencalonan Anugerah Oscar bagi lagu asal terbaik pada 2016 menerusi lagu "Shine Your Way". Terbaru, Yuna telah dianugerahkan Recording Industry Association of America (RIAA) untuk lagu "Crush" bersama penyanyi Usher.

 

Sumber: Utusan Malaysia