Tingkatkan Vaksinasi Kanak-kanak Untuk Elak Penularan Omicron XE!

Dunia kini sedang berwaspada dengan penularan varian Omicron XE yang didakwa lebih mudah berjangkit berbanding dengan mana-mana varian COVID-19 sebelumnya.

mutasi omicron xe lebih mudah berjangkit, who beri amaran

Ekoran itu, liputan vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak haruslah dipertingkatkan bagi mengekang penularan jangkitan varian baharu itu.

.

Demikian menurut Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman yang menjelaskan ketika ini kumpulan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun masih mencatatkan vaksinasi yang rendah dan menyifatkan situasi itu sebagai suatu yang membimbangkan.

tingkatkan vaksinasi kanak-kanak untuk elak penularan omicron xe!

Menurut beliau lagi, kanak-kanak bawah usia lima tahun dan kumpulan berisiko yang tidak boleh divaksin juga perlu diberikan tumpuan dan kawalan untuk mengelakkan mereka daripada dijangkiti varian baharu COVID-19 ini.

.

"Satu fakta membimbangkan, liputan vaksin kanak-kanak masih rendah iaitu kurang dari 40 peratus. Kita harap liputan vaksinasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dapat dipertingkatkan di samping kawalan terhadap kanak-kanak berusia kurang lima tahun serta warga emas dan golongan berisiko yang tidak boleh divaksin.

"Kalau kita boleh memberikan tumpuan kepada kumpulan berkenaan dengan langkah pencegahan disyorkan KKM , kita mampu mengekang penularan varian baharu COVID-19 di negara kita," katanya.

.

Setakat ini masih belum ada kes varian Omicron XE di Malaysia, namun ia sudah mulai dikesan di negara jiran seperti Thailand.

.

Sumber: [1]