“Tiga Perkahwinan Ini Bukan Kegagalan, Tapi Takdir,” – Engku Emran

Selepas kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila membuat kenyataan bakal berpisah, suaminya Engku Emran tampil membuat kenyataan.

“tiga perkahwinan ini bukan kegagalan, tapi takdir,” – engku emran

Emran dalam satu hantaran di Instagram meluahkan kegagalan dalam perkahwinan kali ketiga yang dilaluinya sebelum ini bukan tanda kegagalan sebaliknta sebuah takdir yang sudah ditulis Allah SWT.

 

“Kami berdua telah mengharungi tiga perkahwinan, kami tahu apa yang kami mahukan dalam hidup. Namun kami terpaksa mencari kebahagiaan sendiri.

“Perkahwinan sangat mencabar, yang pernah berkahwin akan tahu. Yang mana belum berkahwin jangan sembang kuat sangat.

“Saya beritahu Nabila tiga perkahwinan ini bukanlah satu kegagalan. Semuanya sudah tertulis dan kami terpaksa akur,” katanya.

 

Pemilik nama sebenar Engku Emran Engku Zainal Abidin ini turut menyelar tindakan segelintir netizen yang meninggalkan komen serta pandangan negatif terhadap rumah tangga mereka.

 

“Saya terpanggil dan bertanggungjawab untuk berkata sesuatu dengan niat untuk menghindari fitnah dari tidak terkawal.

“Jangan kita komen seperti kita nampak sangat tidak bijak. Jangan kita komen seperti kita kenal sangat orang yang kita langsung tidak kenal.

“Jangan kita komen macam kita tidak akan ada ujian yang menanti, jangan keluarkan kata-kata atau hasilkan cerita macam kita tiada agama,” katanya lagi.

 

Malah Engku Emran turut memohon orang ramai agar menghormati dan menjaga hati kedua belah pihak keluarga. Ujarnya, dia dan Nabila juga reda dengan perpisahan yang bakal berlaku tidak lama lagi.

 

“Jaga adab dan hormati Nabila dan saya. Kami masih ada keluarga, mak dan ayah. Jangan menambah kesakitan mereka.

“Kami tidak pernah mengganggu hidup sesiapa. Ini ujian untuk kami dan Alhamdulillah kami reda,” katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by In Safe Hands (@narumkamek)

 

Untuk info, Engku Emran dan Noor Nabila telah mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu, selepas Nabila berpisah dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad pada 9 Julai 2020.

 

Perkahwinan Engku Emran bersama Nabila adalah yang ketiga selepas beliau pernah berkahwin dengan selebriti jelita, Erra Fazira dan juga aktres Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

 

Sumber: Instagram Engku Emran