Selepas Langkawi, Tiga Lagi Destinasi Pelancongan Dibuka Mulai 1 Oktober

Selepas kejayaan fasa gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, tiga lagi destinasi pelancongan negara akan dibuka kepada orang ramai.

 

Ketiga-tiga destinasi itu adalah Pulau Tioman, Genting Highland dan Melaka, disasarkan dibuka pada 1 Oktober depan, dengan tempoh dua minggu akan diberikan kepada operator pelancongan untuk membuat persiapan rapi terutamanya membabitkan aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

 

Perkara itu diumumkan selepas perbincangan bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu di sini, pada Selasa.

selepas langkawi, tiga lagi destinasi pelancongan dibuka mulai 1 oktober

Sejak Pulau Langkawi dibuka kepada pelancong 16 September lalu, aspek pematuhan SOP dan jumlah pelancong ke pulau lagenda itu menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

 

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata destinasi pelancongan yang akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus.

 

Sumber: [1]