Tiga Kematian Baru COVID-19 Libatkan Kes Bawah 30 Tahun

Kementeian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak tiga kes daripada jumlah 103 kematian pada 3 Jun adalah melibatkan individu berusia bawah 30 tahun.

 

Ia sekaligus menunjukkan virus COVID-19 kini bukan hanya lagi menyerang mereka yang berusia atau komorbiditi, malah orang muda juga adalah berisiko.

 

Sebanyak 73 kes kematian baharu melibatkan mangsa berusia 60 tahun ke atas dan 27 lagi adalah mangsa dalam lingkungan usia 30 hingga 59 tahun.

 

Daripada 103 kes kematian baharu semalam, 56 daripadanya adalah lelaki manakala selebihnya melibatkan golongan wanita. Malah, 88 daripada jumlah kes kematian itu tidak mempunyai komorbiditi, iaitu tidak mempunyai penyakit merbahaya pada mangsa.

 

Lebih membimbangkan, 8 kes kematian adalah melibatkan kes brought in dead, iaitu kematian yang berlaku diluar pengawasan doktor atau pusat kuarantin.

tiga kematian baru covid-19 libatkan kes bawah 30 tahun

Sumber: KKM