Imbas Suhu Tidak Lagi Wajib Sebelum Masuk Premis

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bersetuju untuk mengeluarkan penggunaan pengimbas suhu daripada prosedur operasi standard (SOP) kawalan COVID-19 seluruh negara tidak lama lagi.

imbas suhu tidak lagi wajib sebelum masuk premis

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang katanya hanya memerlukan imbasan kod MySejahtera setiap memasuki mana-mana premis.

 

"Kita akan bawa usaha penambahbaikan SOP ini ke mesyuarat MKN (Majlis Keselamatan Negara), selepas dipinda pada sesi (mesyuarat) kuartet (menteri COVID-19) akan datang, ia (pengimbas suhu) tidak lagi diwajibkan," katanya.

 

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan tempoh kuarantin bagi pengembara yang telah menerima dos penggalak kepada lima hari, berkuatkuasa 24 Januari 2022.

 

Menurutnya lagi, pengembara perlu menjalani ujian RT-PCR dua hari sebelum berlepas dengan keputusan negatif COVID-19.

 

Sumber: [1]