Tiada Lagi Gelaran ‘Kayu’, Peminat Puji Lakonan Hael Husaini, “You Did Very Well..”

Penyanyi dan komposer, Hael Husaini telah melebarkan sayapnya dan kini bergelar seorang pelakon, menerusi lakonan pertama beliau dalam siri drama ‘My Famous Ex-Boyfriend’.

tiada lagi gelaran ‘kayu’, peminat puji lakonan hael husaini, “you did very well..”

Meskipun pada awalnya ramai yang dilihat meragui kebolehan Hael dalam bidang lakonan, kini rata-rata peminat memuji beliau selaku pembawa watak Haque dalam drama tersebut.

 

“Scene betul-betul terkesan, you did very well, Hael.

“Sedih betul tengok Haque malam ni. Jadi kesian pula, menjadi ye menangis tu. Tahniah Hael.

“Episod hari ini dan semalam paling hebat lakonan Hael. Amazing!” demikian antara komen daripada pengguna media sosial.

tiada lagi gelaran ‘kayu’, peminat puji lakonan hael husaini, “you did very well..”

tiada lagi gelaran ‘kayu’, peminat puji lakonan hael husaini, “you did very well..”

tiada lagi gelaran ‘kayu’, peminat puji lakonan hael husaini, “you did very well..”

Terdahulu, drama My Famous Ex Boyfriend arahan Hadith Omar menyaksikan Hael memegang watak sebagai Haque Zuhal yang merupaka seorang artis terkenal. Bagaimanapun dek kerana sikap Haque yang mementingkan populariti diri, ia telah menghancurkan hidup bekas kekasihnya, Sameera, lakonan Qistina Karim.

 

Kehadiran Jamie, lakonan Nadhir Nasar, telah menambahkan lagi ketegangan cinta tiga segi antara mereka.

 

Drama My Famous Ex Boyfriend boleh ditonton setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria 104 atau strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go.

 

Sumber: Gempak