Mungkin Tiada Lagi PKP Menyeluruh Seluruh Negara Lepas Ni

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin memberi jaminan bahawa kerajaan mungkin tidak lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di seluruh negara dalam usaha mengekang wabak COVID-19.

mungkin tiada lagi pkp menyeluruh seluruh negara lepas ni

Sebaliknya, strategi kawalan penularan wabak itu secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data akan digunakan bagi mengurangkan impak negatif terhadap aktiviti ekonomi negara.

 

"Pada masa sama, dengan mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan PKP secara menyeluruh merangkumi seluruh negara atau sesebuah negeri.

"Sebaliknya, kawalan pergerakan hanya dilaksanakan mengikut lokaliti dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan sahaja," katanya dalam perutusan khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), semalam.

Tambahnya lagi, SOP dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan telus akan terus dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak COVID-19 dalam negara ini.

 

Antaranya, pelaksanaan program Safe@Work bagi melindungi golongan pekerja dengan mempertanggungjawabkan majikan bagi menyediakan tempat kerja dan penginapan yang kondusif kepada pekerja.

 

Sumber: [1]